Splasshy Revive Launch Campaign

Assalamualaikum w.b.t,

Seminggu sebelum kita menjalani ibadah puasa, krew kami telah mengadakan kempen "Splasshy Revive Campaign" dengan seramai 800 ratus murid dan guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi, Serdang bertujuan memberi kesedaran meminum air yang bersih dan sihat dari awal peringkat umur lagi.

Ternyata, usaha yang kami jalankan ini mendapat kerjasama dari guru-guru dan juga murid-murid di sekolah tersebut. Dan kesedaran yang kami cuba pertonjolkan kepada murid-murid sekolah tentang meminum air yang berkualiti mendapat sambutan yang hangat di kalangan warga sekolah.

Alhamdulillah kempen yang kami adakan ini berjaya dan yang penting kami telah membuat satu kerja amal yang membolehkan orang sekeliling menyedari kepentingan air alkali kepada kesihatan.

Ibarat pepatah " Sediakan payung sebelum hujan "

Di bawah adalah beberapa gambar kempen yang diambil














Sekali lagi kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi kerana sudi mempelawa kami krew Adamo membuat sedikit kerja amal demi melihat kesihatan kanak-kanak ini semua terpelihara..Amin Ya Robalalamin..





Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment