Gong Xi Fa Chai Daripada Warga Adamo

Selamat Tahun Baru Cina kepada bangsa cina di Malaysia,


Pada hari esok bersamaan 31 Januari 2014 seluruh Malaysia akan menyambut tahun baru cina. Pasti menjadi satu tradisi bangsa cina setiap tahun menyambut raya mereka dengan penuh kemeriahan dengan sanak saudara mula mengunjungi rumah dan beramah mesra..Tidak lupa juga pakaian tradisi mereka sejak turun temurun iaitu "Cheongsam" dengan warna merah yang menjadi warna tradisi dan warna yang mempunyai "ong" di kalangan kepercayaan feng shui mereka. Tidak kisahlah bahawa mereka mempunyai kepercayaan sendiri yang penting Adamo vending supply pun turut meraikan bersama raya dengan mereka ni.Barulah boleh mengeratkan silaturahim dengan erat lagi.


Tahun 2014 adalah tahun kuda bagi kepercayaan mereka di mana mereka yang lahir di tahun kuda mereka akan menghadapi Tahun Lahir (Benming Nian). Adalah dipercayai mereka akan menyinggung perasaan Taisui, dewa yang menjaga kekayaan, jadi kewangan mereka mungkin berubah-ubah. Dari segi kerjaya, adalah dinasihatkan untuk menjaga keamanan di antara rakan sekerja. 


Bagi mereka yang tidak dilahirkan pada tahun kuda, tahun hadapan akan membawa kesihatan dan kemakmuran. Ia dikatakan menjadi masa yang terbaik untuk melakukan perjalanan, sebagai 12 bulan akan datang akan membawa tuah. Anda dinasihatkan untuk bergaul dengan penduduk tempatan, menikmati masakan yang sahih dan menemui tempat anda tidak pernah sebelum ini. 


Itu adalah kepercayaan mereka, kita duduk di dalam ramai bangsa ni haruslah hormat dengan kepercayaan mereka untuk kekalkan keamanan & kesejahteraan.








Dengan ini kami daripada Adamo vending supply ingin memberitahu bahawa kami akan mula bercuti pada hari esok Jumaat (31 Januari 2014 - 2 Februari 2014) & akan buka semula seperti biasa pada hari  isnin 3 Februauri 2014 dan tak lupa juga untuk mengucapkan GONG XI FA CAI kepada bangsa cina di seluruh Malaysia & selamat bercuti :)






Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment