Tips Berguna Memperkenalkan Mesin Anda

Tips berguna untuk "melariskan" mesin anda macam goreng pisang panas


Ok, Siapa kat luar sana yang tak nak mesin empunya diri "laris bak pisang goreng kan '?Tipu lah kalau cakap yang dia puas hati apa yang dia dapat sekarang.Percayalah manusia takkan pernah puas.Pastikan anda praktikkan apa yang kami nak beritahu ni.Perkara yang mudah dan senang untuk dilakukan dengan vending machine splasshy yang mampu memberi impak & kesan yang mendalam atas income yang anda akan dapat nanti..Insha Allah..


Tips berguna untuk "melariskan" mesin anda macam goreng pisang panas


1. Rajinkan diri anda memberi air percuma.

Ini perkara yang wajib dan mesti buat untuk "melariskan" jualan air di mesin anda. Mesti anda tak terfikir kan? Ni medium yang paling tepat dan strategik. Jangan risau dengan apa anda nak berikan air percuma tu dengan token daripada kami lah.Hanya kami syarikat yang keluarkan token kepada pelanggan yang beli mesin daripada kami.Syarikat lain tidak ada.Jadi, token yang diberikan jadikan ia sebagai medium untuk anda memperkenalkan dan juga untuk orang lain ingat mesin anda.Ingat kita beri dahulu nanti kita akan dibalas semula lebih daripada apa yang kita beri, "What you give you get more"


2. Selalu buat "marketing" 

Tips yang ke-2 ni ada relate dengan tips yang pertama. Salah satu marketing ialah dengan memberi air secara percuma.Hebahkan kepada orang ramai yang mesin air anda berada di situ. Berikan air secara percuma sebulan sekali kalau nak gempak buatlah 2 minggu sekali.Tak salah kalau kita memberi kan..


3. Pastikan mesin anda bersih & sentiasa "on sale"

Yang ni juga tips penting untuk memastikan orang ramai terus menggunakan khidmat mesin air anda. Mana tidaknya, kalau mesin air kita bersih, sentiasa "on sale", tiada stiker yang dapat mencacatkan mesin kita mesti orang percaya dengan khidmat yang kita berikan.Bayangkan kalau mesin air kita sebaliknya, pasti tiada orang nak amek air dari mesin kita. Kalau rosak cepat baiki jangan tunggu lagi.Gunakan pendekatan yang lebih berkesan dan jaga mesin dengan sebaiknya.  


4. Adakan cabutan bertuah

Cabutan bertuah juga ada peranan tersendiri. Yang ini unik sedikit. Masing-masing boleh fikirkan dengan cara apa kita boleh tambat hati pengguna air ni. Sebagai contoh, kita cadangkan pemilik mesin air buat form cabutan bertuah untuk pengguna air.Sediakan hadiah kepada siapa yang selalu ambil air di mesin anda dengan cara kita buat satu form dan letakkan di sebelah mesin anda.Kita lihat kekerapan dan sebanyak mana orang yang ambil air.Kalau anda ada cadangan sendiri tu pilihan anda.


Di bawah adalah beberapa gambar semasa kami buat promosi mesin air kami.Semua muka ada senyummmmmmm..




tips berguna memperkenalkan mesin anda

tips berguna memperkenalkan mesin anda


tips berguna memperkenalkan mesin anda

tips berguna memperkenalkan mesin anda




tips berguna memperkenalkan mesin anda

tips berguna memperkenalkan mesin anda


Macam mana semua, gempak tak kami buat promosi untuk mesin air Splasshy kami.Serata tempat kami pergi untuk buat promosi.Siapa di luar sana nak minta tolong kami buat promosi untuk anda pun boleh.Pastikan anda take part untuk berikan yang terbaik untuk para pelanggan anda :)








Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment