Kepercayaan Karut Yang Ada Pada Pemikiran Seseorang Tentang Bisnes

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua,



9/10 rezeki adalah daripada perniagaan. Itu bukan saya yang cakap, itu adalah salah satu hadis Rasulullah saw. Pasti beliau tidak akan mengatakan sesuatu yang tidak benar melainkan benar belaka. 9/10 bermakna 90% bukan? Tetapi kenapa ramai yang “struggling” untuk membina perniagaan mereka? Kajian para saintis dunia yang mengkaji tentang
sains kejayaan mengatakan, lebih 80% kejayaan di dalam perniagaan ataupun pemasaran adalah faktor MINDA atau cara seseorang itu BERFIKIR dan hanya 20% disebabkan oleh strategi atau methodology untuk bagaimana untuk melakukan sesuatu. 

Cara kita berfikir amat mempengaruhi cara kita bertindak bukan?


Cuma sebelum saya berkongsi 5 kepercayaan karut ini, suka saya mengingatkan yang kadang-kadang dek disebabkan kita berpegang teguh kepada kepercayaan karut ini dalam keadaan kita menyedarinya atau tidak, ianya menjadi penghalang kepada kejayaan luar biasa di dalam perniagaan kita, malah ianya mungkin menjadi punca masalah di dalam hidup kita.


1. Untuk menjadi usahawan, saya perlu mempunyai “darah usahawan”; saya tidak pandai berniaga atau buat pemasaran.


Bagus jika anda datang daripada keluarga yang ibu bapa anda usahawan atau berniaga. Tetapi ini kepercayaan yang KARUT. Kerana ramai yang berjaya di dalam perniagaan hari ini TIDAK datang daripada latar belakang keluarga yang berniaga. Arwah ayah saya merupakan bekas pegawai kerajaan dan mak saya bekas guru. Datuk dan nenek saya pun tidak berniaga. Tidak ada “such thing as”, aku darah seni, aku darah usahawan, aku darah pejuang. Darah semua orang sama sahaja warnanya, Merah. Yang mempengaruhi kita adalah cara kita berfikir, emosi kita, cara kita berkomunikasi dan cara kita bertindak. Jika bodoh, boleh belajar bukan? Pernah dengar ayat tu masa sekolah dulu? Tapi jika bodoh, sombong pula dan tak nak belajar, tu namanya “bangang” kata orang Negri Sembilan.


vending machine



2. Untuk berniaga atau membuat pemasaran, saya perlu ada modal kewangan yang banyak

Pastinya untuk berniaga, kita perlukan modal. Tetapi bukan modal kewangan yang utama. Ini adalah KARUT kerana faktor kewangan adalah faktor yang ke-6 penting. Tetapi sebelum itu apa yang penting ialah modal insan. Ya, diri anda. Berapa ramai yang berjaya adalah mereka yang bermula atau langkah pertama mereka bukannya duit atau sumber kewangan. Tetapi idea, ilmu, mentor, sistem, kuasa tindakan, impian ataupun perancangan dan lepas itu barulah sumber kewangan. Ramai yang berjaya di dalam perniagaan adalah bermula dengan “bootstrap”. Mereka mulakan perniagaan ataupun lakukan pemasaran mereka tanpa mengambil pinjaman modal daripada mana-mana sumber. Mereka hanya perlukan beberapa faktor yang saya sebutkan di atas tadi dan mulakan secara kecil-kecilan dan secara sampingan sebelum ianya dibesarkan sedikit demi sedikit hasil menggunakan hasil daripada simpanan keuntungan mereka.




Ada 3 lagi kepercayaan karut yang WAJIB kami beritahu anda dari anda terus berfikiran kolot dan anggap kepercayaan ini semua adalah betul..padahal tak sama sekali..Tunggu di entri kami yang seterusnya.......


Bersambung.......





Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment