Kepercayaan Karut Yang Ada Pada Pemikiran Seseorang Tentang Bisnes Pt 2

Ok untuk part ke-2 ni saya akan sambung mengenai apa yang ada pada pemikiran seseorang yang mempercayai perkara karut di dalam bisnes


3. Untuk berniaga, saya perlu dapat sokongan badan kerajaan atau subsidi kerajaan


Bagus jika anda mendapat sokongan kerajaan ataupun subsidi untuk berniaga tetapi jika tidak, anda tidak perlu. Kerajaan sentiasa menyokong mereka yang berniaga dan hidup di Malaysia yang penuh dengan sumber kekayaan dan peluang kekayaan sebenarnya KARUT jika tidak boleh kaya & berjaya melalui perniagaan. Pernah duduk tengok dan perhatikan di luar sana? Ramai orang yang datang daripada luar yang menguasai ekonomi dan mereka tidak bergantung atau menunggu sokongan badan kerajaan atau subsidi kerajaan. Bill Gates, Mark Zuckerberg, Warren Buffet, Azizan Osman adalah mereka yang berjaya tanpa bergantung kepada subsidi kerajaan. Kalau dapat bantuan, syukurlah dan gunakanlah semaksima mungkin tetapi JANGAN TUNGGU.





vending machine


4. Ekonomi sekarang tidak bagus.


Baguslah JIKA ekonomi tidak bagus. Inilah masanya serta peluang untuk anda membina perniagaan anda. Kejayaan sesuatu perniagaan bukanlah bergantung semata-mata kepada keadaan ekonomi. Malah, ramai mereka yang berjaya adalah mereka yang bertindak ketika ekonomi sedang gawat atau sangat kritikal. Contoh, AirAsia adalah dilancarkan sehari selepas berlakunya tragedi 11 September 2001 dan ekonomi dunia sedang goyang. Warren Buffet melabur di dalam saham-saham kritikal menjunam lebih 40 tahun dahulu dan hari ini menjadi billionaire. Rockefellar, Henry Ford, Tan Sri Syed Mokhtar dan ramai lagi nama besar hari ini adalah bermula pada ketika ekonomi dikatakan tidak bagus atau teruk. Peluang sentiasa ada walau di dalam apa juga keadaan ekonomi. Ekonomi baik pun orang makan, ekonomi teruk pun orang tetap perlu makan. Selagi ada manusia, maka pasti ada “NEEDS” atau keperluan. Dan sebagai usahawan, kita perlu belajar mengenalpasti keperluan-keperluan mereka dan berikan mereka apa yang mereka perlukan. Senang je!


5. Nasib saya kurang baik atau saya tidak boleh merubah takdir hidup saya.


Tuhan tidak akan merubah nasib kita sehingga kita merubah nasib kita sendiri. Itu petikan maksud salah satu ayat Al-Quran. Kuasa bertindak dan kuasa merubah sesuatu adalah bermula daripada kita. Konsep
DUIT, iaitu ianya disertai dengan Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal. Memang antara tujuan hidup adalah Tuhan memberikan kita peluang untuk membuat kebaikan di dunia ini. Perniagaan adalah satu cara kebaikan kerana kita menyediakan produk atau perkhidmatan untuk membantu atau menyelesaikan masalah orang lain. Ada orang yang malas masak atau tidak tahu masak tetapi mereka ada masalah iaitu mereka perlukan makanan. Apa kita boleh buat ialah sediakan restoran dan masak masakan yang enak untuk mereka dan keluarga mereka makan lantas mereka bayar kita di atas bantuan kita. Jika kita membantu menyelesaikan masalah raaaamaaai orang? Maka kita bukan sahaja membantu orang lain tetapi kita dibayar di atas bantuan yang kita berikan. Perniagaan adalah salah satu cara untuk menambah nilai (add-value) kepada hidup orang lain. Itu adalah takdir kita sebenarnya.



Itulah serba sedikit apa yang kami cuba buka mata kepada anda semua cuba nak anda sedar akan pemikiran negatif tidak akan membawa perubahan tapi hanya akan bawa kepada kejatuhan.


Renung-renungkan lah................

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment