Bukan modal duit untuk berjaya dalam perniagaan vending machine?

NAK JADI USAHAWAN VENDING MACHINE TANPA MODAL? BETUL KE ni...

Salam semua sahabat yang ingin melakukan perniagaan vending machine atau orang panggil mesin air tin, air gedegang atau pon mesin layan diri. Malam ni nak kongsi sikit bagaimana saya boleh bemula dengan perniagaan vending machine. Saya bukan anak orang kaya yg ade harta berguni di belakang rumah. Saya hanya orang biasa shj. Budak kampung dari melaka. 

Berbekalkan sedikit pengalaman berniaga tolong ummi masa kecil dahulu dan pengalaman buat MLM satu masa belajar U dulu.Dipendekkan cerita, Jadi saya dpt kerja ngan Syarikat Atlas Vending. Cara saya dptkan kerja pon akan sy kongsikan di lain posting nanti(ada tip yg berguna utk anda). Jadi saya kerja disane. DiAtlas saya belajar selok belok dan tunjung kpd vending machine biz. Alhamdulillah banyak ilmu saya dpt. Tapi tahu sajalah biz vending ni. Modal besar .Mane lah ade duitkan...

So nak tahu bagaimana saya bermula, dari mana dtg Duit tu semua. Saya selalu cakap kat staff dan adik-adik dan sahabat. Nak niaga Bukan perlu modal Duit ribu-ribu atau ratus ribu. Nak NIAGA YANG PALING PENTNG adalah ILMU DAN SEMANGAT/KESUNGGUHAN SAHAJA.



vending machine murah


Saya bermula dengan Amanah Kiosk je. Masa saya kerja Atlas vending dulu, banyaklah pergi sekolah dan propose pasang vending machine air tin di sekolah-sekolah. Then cikgu tu tanya ade tak mesin yg boleh jual air botol shj. Pastu saya tanya. nak yg jual air botol shj kee... janji student boleh minum air masak banyak-banyak, cakap cikgu... ok ade cikgu...kepala saya dah mula berfikir...


So saya pon fikir, masalah ade... jika kita selesaikan masalah ni. Insya Allah dapat pahala dan duit. saya dan sahabat Ahmad Azdi pon terfikir AMANAH KIOSK. Kami pon pergi kedai grill dan buat buat RAK Air dan kami namakan Amanah KIOSK.

Konsepnya adalah, beli dengan amanah dan letak duit dalam tabung tu. Kami siap buat proposal. adalah dalam 7muka surat. Bayar sewa tapak RM20 sebulan untuk satu rak dlm dan derma 10% pada anak yatim. Kosnya murah sekali . satu rak boleh isi 6cartoon, bersamaan 144botol.

kos sebuah rak = RM 170
kos 6Ctn air = RM 31.80
Total kos = RM 200 lebih

Masa tu saya dan azdi keluar modal RM 150 setiap seorg. Okkan.. maklumlah gaji kami masa tu adalah RM1500 bersih camtu... balance2 gaji.. pejam mata jelah 150 kan..

Pertama kali kami jumpa Cikgu Zainah(bukan nama sebenar) propose Amanah Kiosk kat sekolah dia. Die terperanjat. Dia tak yakin dengan konsep ini. Korang biar betul, boleh ke ni...Saya cakap jika nak tahu pelajar sekolah ni jujur dan amanah kita cuba letak Amanah Kiosk ni cikgu. Disitu baru kita akan tahu selama ni apa dlm hati mereka.. Jika duit dlm box AMANAH KIOSK penuh RM144, maksudnya apa yg cikgu ajar selama ni mereka amalkan. Jika sebaliknya maka Pihak sesekolah perlu buat sesuatu.

Pastu cikgu tu tanya jika hilang air awak siapa akan tanggung rugi dan dipersalahkan. saya cakap usah risau. Kami akan bertanggungjawab atas semuanya. kami siap ade aggremet dan kertas kerja. Memang nampak profesional. Buat masa awal Cikgu ckp kita letak dlm bilik guru dahulu.

Berdebar juga pada awalnya. collection pertama, saya, azdi dan cikgu zainah sgt teruja. Ternyata Budak sekolah mmg ikut peraturan sebenarnya dan sgt mulia hati mereka. Kita je selalu sangka buruk. memang bebudak ni tak rembat air tu. kami kira duit dalam kereta. memang ade rm144. Alhamduillah. Ternya inilah Biz yang dimane Kita Usaha Doa dan Tawakal pada Allah. Petang tu sebelum kami collect duit. kami cakap . Jika air abiz tanpa collection maka Allah uji kita adi..

Bermula saat tu kami mengorak langkah. Sekolah tu dari dalam bilik guru kita tambah lagi satu depan kedai buku. Kat luar. Alhamdulillah duit nya masih sama. Terbaik collection yg kami terima. Untuk pengetahuan kami top up seminggu 2kali. Satu Rak boleh collect RM250-300 seminggu.

Untuk pegetahuan anda Kami berdua masih bekerja lagi masa tu. Kita top up air waktu petang dan malam. Dari sebuah sekolah kita tambah sampai ke 10 biji sekolah. Dari sekolah kita mengorak langkah ke Masjid-Masjid dan Universiti. Alhamdulillah. Biz makin bagus.

Tapi Langit tak selalu cerahkan. Silap kami juga. Berbekal semangat shj tak cukup. Betul kata Dr Azizan Osman. ILMU ADALAH PERISAI TERBAIK. Kerakusan manusia bernama Melayu. Tak boleh lihat org senang. Masa awal kami naik kelisa dan savy je top air. Kene GELAK ngan Tok siak dan segelintir org PANDANG KAMI SEBELAH MATA SHJ.. Tapi bila kami mula beli Van 2nd je pon... mereka mula buka mata.. salah kami juga. Collect duit tak pakai Uncang. Masa tu kita masuk beg plastik je.. so mereka2 ni duk perhatilah duit seringgit2 tu... so depa kata banyak juga yaa. "Ingatkan HABIS SELALU sebab kene rembat air korang ni, tapi orang beli rupanya." Saya perli dia camni, "Jika Tuan nak ambil air di Rak Amanah Kiosk kami, Tuan curi atau letak RM1 dalam box, die cakap. Ko ingat aku nak nak curi ke. aku bayar laa". So saya cakap jika Tuan bayar maka org lain pon akan bayar juga".....kan....kan...

Bermula dr saat itu, mulalah Rak kami kene keluar dari masjid-masjid. Sangat sedih dan terkilan. Masih ingat lagi Sebuah Masjid di Puchong, Nazir die kol. Nazir ni org penting di Sebuah Syarikat kereta Nasional. Dia cakap semua ajk Masjid dah mesyuarat dan ambil keputusan untuk keluarkan Rak kami. Sebab kotor dan ganggu pemandangan dan suasana indah masjid. Dan nazir cakap, jemaah sebenarnya nak derma bukan nak beli air kamu. Kamu ambil hak masjid katanya. Saya cakap balik "Jika org nak derma pergilah tabung Masjid". Jika mereka ambil air dah letak duit bermaksud mereka memang nak beli air, kat rak Amanah Kiosk kami pon ade tulis begitu".

Saya cakap kenapa tak panggil saya meeting. Mereka dpt ade kol tapi tak dpt. Saya cakap Tuan Nazir bohong. saya sentiasa ON telefon dan ini perkara tak boleh begini. Kita ade aggremnet. Pastu Nazir cakap mereka dah sebulat suara dan tak payah nak lawanlah. Ni rumah kami. Anda pasti kalah punya. Masa tu saya punya GERAM.....Allah sahaja yang tahu... saya ingat lagi Nazir kol saya hari Ahad pagi.

Esok Saya pergi masjid tu. nazir tak nak jumpa saya. Die suruh sy jumpa setiausaha. Kami bertegang urat. Dan anda tahu apa saya nampak di Masjid tu, sekali ade 2 rak kiri dan kanan warna putih laa... Hati saya punyalah panas. Mereka nak buat sendiri dan berikan Alasan cakap kotor palbagai lagi. Sikap inilah yg ade dalam hati PEGAWAI MASJID TU. DENGKI dan tak berhati perut. Takut pada persaingan. Nasib baik dalam masjid... saya bersabar. Saya dihalau dari masjid.. Hati saya remuk , ternyata pegawai masjid tu semua mmg mata duitan dan tak berhati perut. Saya org islam, ade anak bini yg perlu disara. Saya merayu supaya berlaku adil keluarkan sebiji shj la. Sebelah kiri letak masjid punya Rak dan kanan saya punya Rak. Sebab saya kan pionner, idea saya pada awalnya. Tapi ternyata mereka semua mmg berhati busuk. Mereka boleh cakap. Idea ni mereka dah terfikir dari dahulu tapi tak buat... Untuk pengetahuan anda, saya mengalirkan air mata masa tu..... Mereka ambil idea saya dan halau saya keluar......

Masa tu ade satu Baiyah(org tabligh), Die tenangkan saya. Saya ingat lagi ayat die. "Kabul, bersabarlah, bersangka baik pada Allah SWT, mungkin Allah nak berikan kamu benda yang lebih baik dari ini"..... kata2 baiyah tu buatkan saya tenang, saya start kereta dan beredar dr situ... Sejak dari tu Amanah Kiosk kami makin berkurang. Semua disabotaj. Masjid buat sendiri dan ambil proposal dan idea kami. Cikgu sekolah dan Univerti pon buat sendiri.

Masa tu mmg down abiz. Saya mula berfikir bahawa perlu Buat Vending Machine juga, sebab jika buat benda mudah macam Amanah KIosk semua org tiru dah potong line. Kata-kata Baiyah bermain difikiran saya. Simpanan ade sedikit jadi saya bermula dgn membeli Vending Machine. Disitulah saya bermula naik.... Tapi dalam naik balik dgn Vending Machine biz pon ade pelbagai dugaan dan cabaran yg saya hadapi...turun naik..jatuh bangun.. rasa tak yakin.. rasa takut... Hinggalah saya pergi ke Kelas Dr Azizan Osman. Saya mula rasa BERANI apabila BALIK pergi kelas Dr Azizan Osman pada tahun 2011 camtu. Betul ILMU adalah kunci untuk dapat Dunia dan Akhirat.


snack vending machine malaysia


So nasihat kat mereka diluar sane yagng asyik mengeluh dan beri pelbagai alasan macam ni..

"saya tak de modal"

"saya tak de kenal org dalam"

"saya bukan anak org kaya'

Sebenarnya ramai diluar sane malas dan tidak mahu berusaha. Terus terang saya cakap, jika nak belajar wat marketing dan sales paling hina. pergilah bawak proposal Amanah Kiosk saya tu. Anda akan belajar setebal-tebal muka TEMBOK... Memang pengalaman paling bermakna dalam hidup saya.. Jangan cakap anda tiada modal. Modal paling berharga adalah diri kita. Jika kita rajin dan berusaha lebih. Buang sikap malu dan ego. Insya Allah jalan akan dibuka. Dan ILMU adalah pelita.

Alhamduillah berkat usaha saya dan sahabat (Ahmad Azdi) membuat Amanah Kiosk. Sekarang hampir semua masjid di seluruh bandar2 besar sudah ade Rak Air yang sama. Setiap kali saya solat di masjid yg ade rak macam tu saya akan sedih bercampur gembira. Saya bersyukur Rakyat Malaysia sudah mula menerima konsep sebegini. yang dahulu org cakap kami ni tak de masa depan buat biz macam ni. Malah hospital, Universiti , sekolah semua dah ade konsep camni. Alhamduillah syukur.

Saya berharap semua anak bangsa ku, bangkit, berusaha lebih. usah bagi 1000 alasan. Kejayaan depan mata anda sahaja. Orang luar berduyun2 masuk malaysia. kata mereka kat Malaysia dalam longkang pon ade emas. So yg kita anak jati Tanah Melayu ni. Apa tunggu lagi... Jangan biarkan malas mengusai diri anda. Banyak lagi tanggungjawab kita belum terlaksana. Paling tidak buatlah untuk ibu ayah kita. Jangan jadi hamba di bumi sendiri.



cup vending machine malaysia


Maaf jika terkasar. Harapan saya, semoga cerita ku ini jadi sumber inspirasi untuk anda bangkit. Saya doakan anda sukses selalu dan diberikan kekuatan untuk AMALKAN dan sampaikan kepada yg lain insya Allah.

#share
#AmanahKiosk
#AdamoVendingMachine
#Bangkitbangsaku
#DrAzizanOsman


Cerita dan share dan di facebook anda

Dengan AMANAH KIOSK saya bermula.


Share on Google Plus

About En Ahmad Adam

    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. apa kelebihan perniagaan ini...

    ReplyDelete
  2. best nyer cerita ini - sungguh sungguh menginspirasikan jiwa ... kejaayan tidak dg bergolk ... susah bukan penghalang .. terima kasih ... sangat memotivasikan ...

    ReplyDelete
  3. Mcm tu lah idea orang melayu, tak boleh nampak orang dapat duit mudah sikit, hati mula bernanah, dulu tokay saya beli mesin air bertapis ja, sewa tapak 5 mesin RM100.00, setiap bulan kutip duit siling 1 tong cat 18 liter penuh, tak berapa lama, hati pibg mula bernanah, tokay lupa bayar sewa tapak 3 bulan kot, pihak sekolah suruh ambil keluar mesin tu, tokay kata diposit ada Rm1000.00, tak apa lah nanti depa keluar tender, kita tender lain, tau tau tender tak keluar, dah pasang mesin baru dah, mesin air tu beli dulu sebiji RM8,000.00 x 5 biji = RM40.000.00, buang mcm tu saja.

    ReplyDelete
  4. Skrg kalau nk berniaga kena buat idea yg org susah nk tiru..maklumlah org melayu kita ni suka curi idea..tak salah nk curi idea tp agak2 lah jgn sampai sailang..ada yg jenis dh curi idea lpstu boleh meniaga kt sebelah..lg mcm haram perangai tak tau malu..mcm tak g sekolah.

    ReplyDelete

  5. This was huge information for all ,those who needed these type article .This was really good and of course knowledgeable. Thank you for sharing this much information with us.largest vending machine manufacturers

    ReplyDelete