FESTIVAL ROYAL FLORIA PUTRAJAYA 2016 DATANG LAGI !!!!!

Royal Floria Putrajaya 2016


Floria datang lagi..!!!
Tahun lepas kami sudah memeriahkan acara, Pada tahun ini pula kami berpeluang lagi untuk menyertai event ini.

ALHAMDULILLAH rezeki kami lagi.




Anda masih belum tahu kah event nie??

Festival Royal Floria Putrajaya 2016  kembali lagi pada musim cuti persekolahan tahun 2016 ini. Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau Royal FLORIA Putrajaya 2016. festival ini akan diuruskan oleh anak syarikat milik penuh PPj iaitu Putrajaya Floria Sdn. Bhd. (PFSB). Tema kali ini adalah Alunan Pancarona. dengan menampilkan bunga Chrysanthemum sebagai tema utama. bunga Chrysanthemum menjadi pilihan utama kerana mempunyai pelbagai spesies yang menghasilkan warna yang indah dan menarik.



Bunga kekwa/Chrysanthemum yang menjadi tema pada Floria Diraja putrajaya 2016


Penyertaan peserta antarabangsa pada tahun ini dijangka melebihi 50 orang yang terdiri daripada pereka bunga dan arkitek landskap seperti dari Australia, Kemboja, Kanada, China, Hong Kong, India, Itali, Jepun, Oman, Singapura, Korea Selatan dan New Zealand. Dengan menggunakan teknologi terkini dari Eropah, Taman Magical akan menampilkan pengalaman yang luar biasa melalui Hutan Mistik, Chrysanthemum Garden, Mermaid Worlds dan Candy Courtyard. Teknologi inovatif ini akan membangkitkan kesemua lima deria - penglihatan, bunyi, rasa, bau, sentuhan dan memeriahkan emosi




Taman Diraja (Royal Garden) di Floria Diraja putrajaya 2016


Penganjuran Festival Royal Floria Putrajaya 2016 yang masuk edisi kesembilan akan mempamerkan lebih 400,000 pokok daripada pelbagai spesies, kultivar bunga serta tanaman hiasan bakal ditampilkan di tapak pameran seluas 11.2 hektar. Lebih 300 aktiviti harian akan diadakan sepanjang sembilan hari festival itu berlangsung seperti demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, acara hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air serta seni dan kraf.

oleh itu, jangan lepaskan peluang bersama keluarga dengan acara terbesar kali ini pada 27 Mei sehingga 4 Jun 2016. Tidak ketinggalan pihak Adamo juga turut serta mengikuti acara ini supaya dapat memeriahkan lagi Festival Royal Floria Putrajaya 2016Jadual Pesta Bunga Dan Taman Diraja Putrajaya 2016

Tarikh: 27 Mei 2016 sehingga 4 Jun 2016
Masa: 8.00 pagi hingga 11.00 malam (Isnin- Ahad)
Lokasi: Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya
Aktivi: Alami suasana hiasan berkonsepkan Taman Bunga Diraja
Pembelian Tiket: Kaunter tiket atau pas kemasukan akan dibuka bermula pada 27 Mei 2016

Selain itu para pengunjung juga boleh membeli tiket dari kami Adamo Vending Machine.


ANTARA YANG MENARIK DARI ADAMO VENDING MACHINE DI CARNIVAL ROYAL FLORIA PUTRAJAYA


Jom Selfie! di Can vending Machine Adamo yang turut serta di tapak karnival Floria putrajaya 2016



Sungguh Menarik! Can vending Machine Adamo yang turut serta di tapak karnival Floria putrajaya 2016

Relaks dan Santai bersama di Booth kami di tapak karnival Floria putrajaya 2016

Hadiah menarik menanti bagi pengunjung di Booth kami !!!

Batman vs Superman di Can Vending Machine Kami !!!

Sungguh Menarik! Can vending Machine Adamo yang turut serta di tapak karnival Floria putrajaya 2016

Cabutan bertuah menanti! bagi pengunjung yang membeli air di mesin kami

Kami menawarkan vending machine yang berkualiti dan servis dan juga maintenance support yang ternyata Hebat. Berminat untuk ketahui akan semua produk adamo atau Tips TERBAIK dari kami. Hubungi kami sekarang  0133407676 / 0198301743 / 03-3292 0002 /03-3292 0005

Boleh juga layari Website Floria Putrajaya bagi mendapat info terkini.






Share on Google Plus

About En Ahmad Adam

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment