Assalamualaikum semua,
Pada 17 oktober sehingga hari ini(21 October 2016), kilang adamo sedang bertungkus lumus melakukan kerja-kerja penambahbaikan di bahagian kilang tempat pemprosesan mesin vending.
Terima kasih juga kepada pihak Ministry of International Trade & Industry (MITI) dibawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11) kerana memilih Adamo Vending Supply sebagai Kilang yang di iktiraf sebagai Remanufacturing Industri. Tunjuk ajar dari pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sangat membantu kami dalam proses menjadi TERBESAR remanufacturing dalam Malaysia.
Konsep 5S digunakan untuk memastikan kilang berada dalam keadaan teratur dan bersih bagi memudahkan kerja-kerja harian technician di kilang.
Konsep 5S mengetengahkan lima tindakan utama yang perlu dilakukan, iaitu SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL.
Barang2 yg tidak diperlukan akan disisihkan, kemudian semua kelengkapan yang berada dikilang telah pun disusun dan dilabel dengan baik, sapu bersih segala kotoran, seragamkan penyusunan, dan seterusnya seluruh warga Adamo perlu istiqamah mengamalkan konsep ini untuk kemudahan bersama.
Bagi mereka yang pernah berkunjung ke kilang Adamo, kalian pasti tahu bagaimana penuh nya kilang kami dengan mesin2 yg sedang diproses. Diharapkan selepas konsep 5S ini berjaya di aplikasi, pengunjung akan lebih yakin dan percaya dengan servis yang kami tawarkan daripada Adamo Vending Supply
Sesungguhnya, kebersihan adalah separuh daripada iman. Semoga kita semua beroleh keberkatan. InshaaAllah.
Jemput datang terus ke kilang untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bisnes ini.
Layari, www.vendingmachineinfo.com
0 comments:
Post a Comment