MARHABAN YA RAMADHAN !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat beribadat buat semua umat islam.




Lima Ramadhan hari ini, dah lima kali ke anda semua bersahur?? 
Kalau ya, Alhamdulillah.

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim




Nabi Muhammad SAW menggalakkan kita semua bersahur kerana sahur itu membezakan kita dengan orang lain yg berpuasa. Kita ummat islam, puasanya ada sahur. 

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Jadi, ruginya kita kalau tak bersahur. Nabi SAW suruh sahur, dalam SAINS pun dah dibuktikan sahur tu penting, eh, memang rugilah kalau x sahur. 


Abu Hurairah ra berkata, 

“Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi

Seandainya kita rasa letih, dan tak sempat untuk menyediakan makanan sahur, Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk ambil sebiji kurma ataupun seteguk air. Tu pun dah cukup untuk mendapatkan berkat sahur. 

Wallahua'alam.

Alhamdulillah tahun ini kami ingin buat kelainan, dimana kami akan buat "Program Sahur Bersama Anak Yatim".
Jadi kepada anda yang ingin bersama-sama menyertai dan memberikan sumbangan boleh berikan butiran anda dibawah ini.
Kami akan maklumkan lokasi dan Tarikh Majlis itu nanti.

Sila isikan disini --> bit.ly/anakyatimbersamaadamo


“Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…” (HR At-Tabhrani)



Layari Facebook Page kami untuk info dan update terkini. 
Salam Ramadhan.

Share on Google Plus

About Yana Adamo Vending

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment