Bantulah Mereka yang memerlukan - Rumah Amal kasih



Daripada Abu Umamah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah S.A.W mengisyaratkan dengan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)


Alamat Rumah Amal Kasih Bestari

Rumah Amal Kasih Bestari ini telah telah diasaskan oleh Ustaz Hamzah Busu dan Puan Wan Rokiah bermula 

pada September 2007.

Rumah Amal ini menyalurkan sumbangan kebajikan kepada

 anak anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, 

orang kurang upaya dan asnaf zakat.

Pandangan keseluruhan rumah Amal Kasih Bestari


Rumah Amal ini menjalankan peranan sebagai pusat sehenti menerima dan mengagihkan sumbangan 

sumbangan derma, sedekah serta zakat dan wakaf kepada mereka yang berhak dan memerlukan bantuan

Persekitaran Rumah Amal Kasih Bestari

Sekarang Rumah ini telah menempatkan seramai 75 orang dan akan terus berkembang. Mengikut pecahan 

seramai 23 orang yang bersekolah rendah dan 37 orang yang bersekolah menengah. Bagi anak anak kecil 

adalah seramai 15 orang

Satu satunya gambar anak anak ini yang ada di situ


Dengan 75 orang tanggungan, sumbangan amatlah diperlukan. Di sini dituliskan sekali tanggungan bulanan 

Rumah Amal Kasih Bestari

Sewa Asrama dan penempatan staf (14 buah)                          = RM15,050.00
Perbelanjaan makan minum ( 80 orang X RM8.00)                  = RM19,200.00
Petrol dan maintenance kenderaan                                           =   RM7,097.00
Bil Elektrik, air dan telefon                                                       =  RM 7,150
Elaun Staf (19 Orang)                                                             =RM7,600.00
Pengurusan dan Pentadbiran                                                    =RM2,000.00
Wang Saku sekolah pelajar ( RM2.00 X 55 orang X 22 hari)  = RM 2,420.00
Lain- lain                                                                                  =RM2,000.00

Jumlah Tanggungan bulanan RM 62, 517.00!!!



Menurut Puan Aina ( Salah seorang pengurus di situ) Jumlah kutipan sumbang cumalah RM5000.00 ke 

RM7000.00 sebulan dari orang ramai dan tidak cukup untuk menampung keperluan mereka.

Namun begitu ramai orang yang memberikan sumbangan dari segi memberi beras, gula, minyak, pakaian dan 

lain lain barang keperluan. Menurut Puan Aina lagi, cuma apabila tiba bulan Ramadhan barulah kutipan sangat 

memberangsangkan dan boleh membayar hutang hutang tertunggak bulan bulan sebelum ini.

Berikut adalah senarai keperluan bulanan Rumah Amal Kasih Bestari

Sila klik untuk lihat Senarai Keperluan

Tilam yang digunakan anak anak untuk tidur


Anak anak di sini tidak ada bilik yang khusus dan kebiasaannya akan membentangkan tilam di lantai apabila 

masuk tidur. Tilam yang digunakan juga agak lusuh dan merupakan sumbangan sebuah hospital kerajaan tidak 

lama dahulu.

Ruang rehat Rumah Amal  Kasih Bestari

Ruang rehat yang digunakan mereka juga agak menyedihkan. Bayangkan 20 orang anak anak ini berkongsi 

ruang rehat di sini

Tandas di Rumah Amal Kasih Bestari

Tandas yang disediakan disini agak selesa juga untuk anak anak in membersihkan diri, tetapi mereka wajar 

untuk menerima yang lebih baik

Ruang Dapur 

Ruang dapur yang ada adalah setakat ala kadar sahaja dan tidak dapat menampung keperluan

anak anak yang ramai

Makanan terpaksa dimasak berulang kali kerana kapasiti dapur yang terhad.  Ada beberapa orang 

sukarelawan yang memasak untuk anak anak ini bila tiba waktu makan.

Ruang sembahyang dan ruang makan

Di sini anak anak makan sambil bersila kerana tiada meja makan dan tempat yang terhad. Tempat ini juga 

digunakan mereka untuk bersembahyang jemaah. Anak anak di Rumah Amal Kasih Bestari ini diajar untuk 

meminta pertolongan kepada Allah dahulu dan kemudian barulah kepada sesama manusia.

Satu satunya van yang membawa anak anak ini ke sekolah

Rumah Amal Kaseh Bestari memerlukan sekurang kurangnya dua (2) buah van untuk memudahkan mereka 

menghantar anak anak ini ke sekolah. Ini adalah kerana mereka mempunya 3 asrama iaitu di Kampung sungai 

Serai, Kuang, Selangor yang menempatkan pelajar perempuan, di Bandar pinggiran Subang yang 

menempatkan pelajar lelaki menengah dan anak anak kecil dan di Kg Melayu Subang yang menempatkan 

anak anak lelaki sekolah rendah. Dengan menggunakan satu sahaja van yang merupakan sumbangan salah 

seorang hamba Allah, adalah sukar untuk menghantar anak anak ini ke sekolah sedangkan mereka 

mempunyai 3 buah asrama untuk dituju. 

Adalah diharapkan sekiranya ada pihak yang budiman dapat menyediakan lagi van untuk

 Rumah Amal Kaseh Bestari ini


Bagaimana jika saya berminat hendak memberi bantuan?

JIka dari segi bantuan kewangan anda boleh memberikan sebarang sumbangan dari bentuk cek, tunai, atau terus dimasukkan ke dalam akaun berikut 

CIMB Bank atas nama Pusat Jagaan Kasih Bestari

122 60000 135 104

Jika anda ingin memberikan bantuan dari segi barang keperluan boleh hantar ke alamat berikut

Lot 5930, Kg Betik, Kg Melayu Subang,

40150 Shah Alam, Selangor

Sila call Ustaz Hamzah Busu 016 2516515
Puan Wan Rokiah 014 6648103

JIka anda tidak dapat memberikan sebarang bantuan seperti berikut anda

sila sebarkan artikel ini kepada sekurang kurangnya 5 orang rakan rakan anda menggunakan facebook, e mel, 

twitter dan post kan dalam blog anda. Harap salah seorang rakan rakan anda dapat juga memberikan 

sumbangan kepada anak anak ini

Apa yang menjadi objektif dalam page ini adalah untuk meminta anda semua supaya dapat membantu

 Rumah Amal Kasih Bestari sekurang kurangnya dapat memenuhi keperluannya sebanyak RM 62, 517.00 

sebulan hasil sumbangan orang ramai. Diharap anda semua dapat membantu mereka ini dan cuma Allah 

sahaja yang dapat membalas budi.

Semoga kita beroleh rahmatnya.

Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rizki), dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.” (Al-Baqarah : 245).


page ini akan diupdate dari masa ke masa



    Blogger Comment
    Facebook Comment